PLATFORM PRODUK HERBA & KOSMETIK TERBESAR & ORIGINAL FROM HQ

143 penduduk tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran awal pagi

TAWAU: Seramai 143 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Kinabutan Besar, Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada awal pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 berkaitan kejadian itu pada jam 6.21 pagi.

Sehubungan itu dua jentera FRT, sebuah kenderaan Utiliti jenis Toyota Vigo dan sebuah van EMRS digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat(BBP) Tawau.

Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran sejauh 300 kaki dengan kaedah tiga pancutan melalui sumber air dari sungai berdekatan.

Api tersebut akhirnya dapat dikawal daripada terus merebak pada jam 6.50 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11.27 pagi.

Sementara itu, seorang mangsa kebakaran, Dermawati Subuh, 33, ketika ditemui, berkongsi detik-detik cemas itu.

“Ketika saya sedang berkemas di dalam bilik, anak-anak saya yang sedang bermain di luar tiba-tiba masuk ke dalam untuk memberitahu tentang asap yang mereka lihat.

“Saya bersama abang ipar dan abang kandung cuba menyiram api itu namun sudah tidak boleh dikawal.

“Masa itu saya hanya fikir nak selamatkan anak saya yang bertiga ni. Semua barang termasuk dokumen penting tidak dapat saya selamatkan.. semua hangus terbakar,” katanya.

Berikutan kejadian itu, empat buah rumah jenis separuh kekal, enam buah rumah jenis tidak kekal dan enam buah kenderaan musnah 100 peratus dijilat api.

Kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?