DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

17 ditahan buat ‘private party’ malam Jumaat

MELAKA – Polis menahan 17 individu termasuk sembilan remaja dipercayai mengadakan ‘private party’ dalam serbuan ke atas dua unit kondominium di Persiaran Sungai Melaka di sini, pada malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, menerusi Ops Noda yang dijalankan pada jam 11 malam, mereka yang ditahan berusia dari 17 hingga 35 tahun.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan mereka dipercayai sedang berhibur selain terdapat beberapa botol minum keras di atas meja.

“Hasil daripada serbuan itu, seramai sembilan remaja termasuk dua remaja perempuan ditahan manakala serbuan di sebuah unit kediaman lain menahan lapan lelaki yang turut berhibur.

“Ujian saringan air kencing dijalankan mendapati, seorang individu berusia 19 tahun positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, kedua-dua kumpulan itu dipercayai menyewa unit kondominium berkenaan dengan harga RM450 semalam semata-mata untuk berhibur.

Selain itu polis merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk tujuan penganjuran ‘private party.’

Tambah beliau, mereka yang ditahan dikompaun di bawah Peraturan 16 PU(A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDBP) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160771/BERITA/Semasa/17-ditahan-buat-private-party-malam-Jumaat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?