DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

463 kawasan di 5 daerah di Selangor, Putrajaya dijangka alami gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR: Sebanyak 463 kawasan di lima daerah dijangka mengalami bekalan air tidak berjadual berikutan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) terpaksa dihentikan operasi akibat pencemaran bau hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, penutupan jam 11.10 pagi itu selepas pihaknya mengesan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

“Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan terjejas di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan) dan Sepang (194 kawasan).

“Kawasan lain yang turut terjejas ialah Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) yang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air kecemasan kepada para pengguna yang terlibat.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” ujarnya.

Jelasnya, pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor.

Katanya lagi, pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi mereka seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?