About Us

PT Widuri, sebuah nama syarikat gergasi yang tidak asing lagi dalam Industri Herba, Kesihatan, Kecantikan dan Kosmetik di Malaysia.

Perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan pada tahun awal tahun 90-an di Kuala Lumpur, kemudian didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad pada tahun 2002 dan sehingga kini terus maju mengorak langkah dalam memperkasakan ekonomi serta industri produk herba tempatan.

PT Widuri pada mulanya mempunyai mempunyai 11 cawangan di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, kini hanya tinggal 4 cawangan yang masih aktif dan berkembang sehingga hari ini.

Konsep 3P (Pemborong, Pengedar, Peruncit) yang diterapkan oleh PT Widuri, dimana di bawah satu bumbung, pengunjung gedung herba PT Widuri kini boleh memilih lebih dari 6000 produk herba, kesihatan, kecantikan dan kosmetik yang asli, dari bermacam-macam jenama pada harga yang amat terjangkau.

Ini adalah kerana, disamping kami menghasilkan produk kami sendiri yang sememangnya berkualiti & laris di pasaran, kami juga menjadi rakan niaga berdaftar kepada pengeluar produk herba yang besar seperti D’Herbs, Vida Beauty, V’Asia, Sariayu, Mustika Ratu, Orang Kampung, Minsyam, Dunia Herbs, Nona Roguy, White Pearl, dan banyak lagi.

Kini PT Widuri telah melancarkan website sendiri yang bernama Widurimall.com. Ia adalah satu platform yang baru diperkenalkan oleh PT Widuri pada tahun 2020. Tujuan utama kami adalah untuk memudahkan pelanggan-pelanggan untuk membeli dengan tidak perlu ‘Walk In’ di kedai kami terutamanya kepada mereka yang berada di tempat yang jauh. Segala produk yang diniagakan oleh widurimall adalah original 100% ketulenannya sama seperti mana yang dijual di PT Widuri.