Terma & Syarat Program Agent Widurimall

Sebelum mendaftar sebagai agent, sila baca dan fahamkan Terma & Syarat ini. Ia penting bagi melindungi hak anda dan juga demi menjaga nama baik Widurimall.com.

  1. Perjanjian Agent

Dengan mendaftar sebagai agent, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian ini. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat dalam perjanjian ini.

  1. Tanggungjawab Agent

Bagi memulakan proses pendaftaran, anda boleh memohon secara online melalui borang pendaftaran agent (link borang pendaftaran). Permohonan anda akan diluluskan secara automatik.

Sebagai agent, anda bertanggungjawab untuk:

  • Membuat promosi secara berhemah dah tidak menyalahi undang-undang
  • Tidak melakukan penipuan bagi mendapatkan mata ganjaran (points)
  • Tidak mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang
  • Tidak memutarbelitkan maklumat berkenaan sebarang promosi Widurimall.com
  • Tidak hakcipta, cap dagangan, dan harta intelek individu atau organisasi lain

Sebagai agent Widurimall.com, anda akan mendapat akses ke Dashboard Akaun Agent dan boleh mendapatkan bahan-bahan promosi dalam bentuk kod HTML, capaian teks, gambar, dan sebarang agent link bagi membantu anda membuat promosi.

Widurimall.com berhak mengubah sebarang kreatif, sekiranya perlu, tanpa memaklumkan lebih awal kepada agent.

Agent bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan dengan laman web sendiri.

Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta orang lain atau harta intelek lain yang melanggar undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

  1. Proses Pendaftaran

Sekiranya anda merupakan agent yang ingin mendaftar di bawah program agent Widurimall, anda perlu mematuhi panduan di bawah:

  1. Tekan link di sini
  2. Setelah berada di laman web widurimall.com tekan butang register (Seperti di bawah)

Desktop

Telefon Pintar (Smartphone)

    1.  Tuliskan emel yang akan diguna dan click Register
    2. Anda akan dibawa ke page akaun anda, di situ anda perlu tekan butang “Affiliate”. Tekan butang “Become An Affiliate” untuk aktifkan akaun anda

    3. Tahniah, akaun agent anda telah diaktifkan!
  1. Hak dan Tanggungjawab Widurimall.com

Widurimall.com berhak untuk menamatkan keahlian dan penyertaan agent dalam Program Agent Widurimall.com serta-merta dan tanpa notis sekiranya anda didapati melakukan penipuan dalam penggunaan Program Agent Widurimall.com, atau jika anda menyalahgunakan program untuk apa juga tujuan.

Jika penipuan dikesan, kami tidak bertanggungjawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

Terma dan syarat ini bermula apabila kami menerima permohonan Agent anda, dan akan terus digunakan melainkan jika keahlian anda ditamatkan.

  1. Penamatan

Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak kami atau pihak anda pada BILA-BILA MASA, dengan memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel, mel, WhatsApp, Text mesej atau faks. Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika agent melanggar terma dan syarat program ini.

  1. Pengubahsuaian

Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, anda akan dimaklumkan melalui emel. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Agent Widurimall.com.

Penyertaan anda selepas pemakluman notis perubahan terma dan syarat atau perjanjian baru dalam Program Agent Widurimall.com menandakan persetujuan anda kepada perubahan tersebut.

  1. Pembayaran Komisyen

Pembayaran komisyen kepada agent hanya sah sekiranya agent berjaya mendapatkan jualan mengikut tetapan yang ditetapkan. Pada masa ini (Januari 2021), jumlah minimum yang diperlukan untuk setiap agent untuk melakukan pengeluaran pembayaran adalah RM50. Pembayaran komisyen akan dilakukan dalam 7-hari bekerja selepas pihak Widuri menerima request “Payout” pembayaran komisyen anda. 

  1. Akses Ke Dashboard Akaun Agent 

Anda akan mencipta kata laluan supaya dapat mengakses antaramuka akaun agent anda. Anda boleh mendapatkan laporan serta pengiraan komisyen yang akan dibayar kepada anda.

  1. Struktur Komisyen Agent

Program agent di Widuri memberi peluang kepada agent untuk meraih komisyen yang lumayan apabila jumlah jualan meningkat. Pada masa ini (Januari 2021), struktur komisyen adalah seperti berikut:

  1. Soalan Lanjut

Sekiranya anda ada mempunyai persoalan yang lebih lanjut sila hubungi pihak kami di talian +60176923067 ataupun join group telegram Agent Widuri di Group Telegram WiduriMall

Home
Shop
0 items Cart
Dapatkan 10% Diskaun untuk pembelian pertama anda
**Sila semak folder “Spam” & “Junk” anda sekiranya anda tidak menerima emel

Shopping cart

close

Sign in

close

Sidebar Scroll To Top