PT WIDURI NOW IS GOING ONLINE

AGENT ATAU PRODUK SENDIRI ? MANA LEBIH BAIK .

WIDURI MALL – Untuk menyertai sebagai ejen dan menjual produk sendiri mempunyai banyak perbezaan yang ada, terutamanya dari sudut masa dan kos . Kebanyakan masyarakat mempunyai masalah untuk membuat pilihan sama ada perlu menjual produk orang lain ataupun menjual produk sendiri . Oleh itu , artikel ini saya kupaskan untuk membuka minda masyarakat samada lebih baik untuk ada produk sendiri atau menjadi ejen .

Untuk pertamanya suka saya untuk menjelaskan berkenaan apabila kalian mula bercadang untuk produk sendiri. Sebaiknya kalian bersedia dari aspek kewangan dan masa, kerana proses untuk membuat produk sendiri mempunyai banyak kawalan seperti penyediaan ,lakaran jenama , pereka grafik , bahan-bahan packaging dan sebagainya.

Kebiasaan masyarakat yang suka membuat produk sendiri ini adalah golongan perfeksionis sebab orang yang menitikberatkan kesempurnaan boleh mengawal semuanya Daripada A sampai Z kerana untuk mengawal produk sendiri tidak semudah yang kita sangkakan . Bayangkan Dato’ Alif Shukri juga memakan masa bertahun untuk mengukuhkan jenama D’herbs .

Menjual produk sendiri memerlukan masa yang panjang kerana kalian perlu menyelesaikan kesemuanya dalam keadaan sempurna . Senang cerita kalian perlu menyelesaikan hingga akhir proses. Kos proses belum tentu murah , produk belum jual lagi kalian terpaksa memerlukan pekerja untuk memudahkan perjalanan perniagaan.

Apabila kalian mula membuat produk sendiri kalian akan mula sibuk dengan proses produksi ditambah pula dengan membina strategi pemasaran untuk membuat produk sendiri .Untuk menjual produk sendiri ini kalian semestinya banyak masa ,sekiranya ada masalah dari segi masa maka proses anda untuk menjual sangat lambat .

Paling memeningkan kalian terpaksa membayar designer luar untuk mendapatkan logo atau sticker .Membuatkan keserabutan kalian Terpaksa mencari modal yang besar dan terpaksa membayar kelas perniagaan yang berharga ribuan ringgit untuk proses menjalankan perniagaan kalian.

Beza pula sekiranya kalian menjadi ejen . Kerana apabila kalian menjadi ejen ,tidak perlu ada sebarang kawalan lain dan harga kerana pihak HQ produk sudah menyediakan penetapan kesemuanya. Tugas sangat mudah iaitu perlu menjual sahaja tanpa memerlukan memikirkan perkara-perkara lain seperti kos dan sebagainya .

Selain itu ,menjadi ejen kalian akan mendapat maklumat jelas terutamanya berkenaan dengan komisen . Artikel ini ditulis bukan untuk menahan masyarakat untuk membuat produk sendiri dan menyeru melakukan penyertaan ejen , ianya bergantung kepada diri kalian sekiranya k bersedia dan mempunyai banyak masa serta tidak ada masalah untuk membuat produk sendiri.

Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza ,suka menyatakan disini sekiranya kalian menjadi seorang ejen, tidak perlu lagi mengeluarkan kos kelas . Kerana kebanyakan pihak yang menyediakan khidmat ejen dapat peluang menyertai kelas usahawan secara percuma. paling Seronoknya kalian dapat penyediaan alat-alat bantu perniagaan seperti ayat pos iklan, gambar iklan, free coaching dan sebagainya imbuhan lain.

Senang cerita untuk menjalani perniagaan ini anda memerlukan plan yang baik sekiranya anda rasa mampu, tidak ada masalah untuk membuat produk sendiri , jika ada masalah dari segi kewangan yang kecil lebih baik join ejen sahaja kerana kalian tidak perlu memegang stok serta memikirkan kos penghantaran, memikirkan soal pembungkusan dan penghantaran ke alamat pelanggan .

Kerana semua itu tidak perlu seandainya kalian seorang ejen dalam Widuri Mall . Kita memang membuka ejen tanpa mengenakan sebarang kos. Tugas korang hanya menjual sahaja ,cukup masa boleh ambil komisen yang telah diberi oleh pihak HQ secara terus . Semoga kalian boleh membuat pilihan yang tepat dan terbaik dalam apa jua perancangan perniagaan .

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

One thought on “AGENT ATAU PRODUK SENDIRI ? MANA LEBIH BAIK .

  1. Hafiz Hazim says:

    terima kasih widurimall mmg terbaik 👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Featured Product

Trending Di Widuri

Iklan

One thought on “AGENT ATAU PRODUK SENDIRI ? MANA LEBIH BAIK .

  1. Hafiz Hazim says:

    terima kasih widurimall mmg terbaik 👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?