DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini – Sumber

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan hadir ke Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Turut dijangka hadir adalah beberapa Ahli Parlimen Bebas.

Sumber berkata, sesi menghadap itu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pengesahan tentang calon Perdana Menteri kesembilan yang telah dipilih.

Dilaporkan BN hanya menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Pada Rabu, semua 220 Ahli Parlimen telah menyerahkan akaun bersumpah kepada Istana Negara bagi menamakan calon yang mereka sokong untuk jawatan Perdana Menteri.

Pakatan Harapan, Pejuang, Warisan, UPKO, PSB dan dua Ahli Parlimen bebas dikatakan telah menamakan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Turut dilaporkan, ada pihak yang mendakwa Ismail Sabri berjaya mendapatkan 115 sokongan Ahli Parlimen menjadikan beliau memperolehi sokongan majoriti manakala Anwar mendapat 105 sokongan.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?