ALIF SATAR COVID-19 PEMINAT BOLA SEPAK KESAL DENGAN MKN ?

OLEH : MUHAMAD HARIS BIN MUHAMAD HAIRI | | 26 November 2020


Sejurus selepas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-35 di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam melabuhkan tirainya, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang amat mendukacitakan iaitu artis terkenal yang bernama Alif Satar mengumum kan dirinya positif covid-19 melalui Entri di Instagram beliau.

Berita ini menyebabkan timbulnya kemarahan sesetengah netizen yang mengharapkan program tersebut mengikut S.O.P yang ketat , malangnya boleh pula terlepas penularan virus terhadap artis tersebut ,perkara ini menjadi kemarahan netizen khususnya kepada peminat-peminat bolasepak negeri mereka yang baru-baru ini tangguh sehingga dibatalkan oleh MFL.

Kerana mereka mengharapkan setelah kempen bola sepak dihentikan  untuk mengurangkan penularan wabak,  malangnya acara yang diteruskan untuk siaran TV mendapat kontak. Apa pula relevannya membenarkan beberapa acara hiburan terus dilangsungkan sedangkan dalam beberapa siri acara hiburan kelas tidak mengikut SOP penjarakan sosial.

Dipetik melalui akhbar Axello Tact “sebenarnya ia bukan masalah pun. Cuma peminat bola sepak mulai mempertikaikan kenapa acara hiburan dibenarkan dan bola sepak tak dibenarkan. Sedangkan para pemain bola sepak dan jurulatih sentiasa menjalani ujian swab yang ketat.”

Sedutan kenyataan oleh Menteri Keselamatan Negara Ditanya tentang pandangan sesetengah pihak yang mempertikai kenapa acara hiburan dibenarkan. Beliau berkata dia dimaklumkan oleh Menteri KKKM bahawa apa yang berlaku di atas pentas adalah helah kamera. Itu yang membuatkan para penari nampak ramai dan berada rapat rapat.

“Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri KKMM (Komunikasi), kadang-kadang kita nampak di atas ‘stage’ yang ramai-ramai tersebut.”

Lebih menarik menteri turut menjelaskan para penonton dikelirukan oleh kepandaian teknologi yang menyatukan imej dengan teknologi dalam alam siber teknologi terkini.

“Sbenarnya yang menari dalam masa yang berbeza-beza di tempat berbeza tetapi dari segi teknologi moden, gambar itu disatukan seolah-olah nampak pertarian itu bersama. Itu yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri KKMM.”

“Itu dari segi SOP lebih mudah kerana tiada penonton, semua yang terlibat pakai ‘face shield’ atau ‘mask’ tetapi tidak mungkin pelitup muka dipakai oleh pemain bola sebagai contoh. Itu satu.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home
Shop
0 items Cart

Shopping cart

close

Sign in

close

Sidebar Scroll To Top