DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

[CoVid 19] Varian Delta

Mungkin ramai yang belum tahu apa itu varian delta. 5 perkara yang kita perlu tahu mengenai Varian Delta Covid-19.

  1. Delta lebih mudah berjangkit berbanding jenis virus Covid-19 lain

Delta adalah nama yang diberikan kepada varian B.1.617.2, mutasi SARS-CoV-2 yang dikesan muncul di India. Kes pertama varian ini dikenal pasti pada Disember 2020. Tidak lama kemudian, ia menjadi varian yang dominan di India dan Britain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggelarkan varian ini sebagai “terpantas dan terkuat”. Varian Delta merebak 50 peratus lebih cepat berbanding Alpha dan 50 peratus lebih mudah berjangkit berbanding virus asal Covid-19.

Dalam persekitaran yang tidak divaksin dan tidak memakai pelitup muka, seorang pembawa lain-lain varian Covid-19 secara purata boleh menjangkiti 2.5 orang lain. Manakala varian Delta dalam persekitaran sama secara purata tersebar kepada 4 orang lain atau lebih.

Saban hari, jangkitan varian Delta telah mengalahkan Jangkitan varian Covid-19 lain dan menjadi varian yang lebih dominan.

2. Goleman berisiko terhadap varian

Golongan yang belum menerima vaksin Covid-19 adalah yang paling berisiko dijangkiti varian Delta. Malah, komuniti atau negeri dengan kadar vaksinasi yang rendah juga berisiko terhadap varian ini.

Selain itu, golongan kanak-kanak dan remaja juga dilihat berisiko terhadap varian Delta. Satu kajian yang dilakukan di United Kingdom menunjukkan kanak-kanak mempunyai kemungkinan 2.5 kali ganda lebih berisiko dijangkiti varian Delta.

3. Varian Delta mencetus keadaan panik

Tidak dinafikan bahawa vaksin dapat menghalang penyebaran wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, dapatkah kelancaran program vaksinasi ini mengejar kecepatan varian Delta tersebar?

Jawapannya mungkin bergantung kepada di mana anda tinggal dan berapa jumlah populasi di lokasi anda yang telah divaksin. Kesedaran masyarakat sesuatu tempat juga memainkan peranan penting. Bagi negara atau bandar yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, peluang untuk mengekang varian Delta dilihat agak cerah berbanding kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah.

Bagi negara membangun atau kawasan luar bandar pula, Varian Delta boleh menyebabkan berlakunya keadaan Panik. Apabila varian itu tersebar lebih laju berbanding peratusan vaksinasi, ia akan menyebabkan sistem kesihatan tempatan lumpuh.

3. “Adakah varian Delta membuatkan seseorang itu lebih Sakit berbanding virus asal Covid-19?” Itu adalah persoalan penting yang sering ditanyakan.

Berdasarkan penelitian mangsa yang dimasukkan ke hospital di Britain, varian Delta ini mungkin sedikit lebih patogenetik (kebolehan menyebabkan penyakit) berbanding varian lain.

Maklumat awal daripada kajian yang dilakukan di Scotland mendapati bahawa varian Delta adalah dua kali ganda lebih kuat berbanding varian Alpha. Walau bagaimanapun, masih banyak penyelidikan diperlukan bagi mendapat kepastian.

Malah, terdapat laporan bahawa varian Delta mempunyai gejala yang berbeza daripada virus asal Covid-19. Masih tidak jelas sama ada varian Delta mampu menjangkiti individu yang telah divaksin atau mereka yang mempunyai imuniti semula jadi (pernah dijangkiti Covid-19 sebelumnya).

Terdapat pelbagai persoalan dan kebimbangan terhadap varian ini termasuklah Delta Plus, subvarian Delta yang mula merebak di beberapa negara. Delta Plus memiliki satu mutasi tambahan yang disebut K417N.

Mutasi seumpama ini juga dikenal pasti dalam varian lain seperti Beta di mana terdapat perubahan pada duri protein yang diperlukan virus untuk menjangkiti sel. Pakar memerlukan lebih banyak data mengenai Delta Plus ini.

4. Vaksinasi adalah perlindungan terbaik

Perkara terbaik untuk melindungi diri anda dari varian ini adalah dengan mendapatkan vaksinasi penuh (dua dos) seperti yang dicadangkan.

Sama ada sudah divaksin atau tidak, anda masih perlu mematuhi peraturan dan langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jika berada di tempat tumpuan ramai, pastikan anda memakai pelitup muka walaupun sudah divaksin.

Tidak dapat dipastikan sama ada varian Delta merupakan yang terakhir atau mungkin akan muncul varian yang lebih berbahaya kelak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengeluarkan amaran mengenai bahaya varian Delta ini. Sudah lebih daripada 100 negara telah dijangkiti termasuklah Malaysia. Antara negara yang terjejas teruk akibat varian ini adalah Britian, India, Portugal dan Amerika Syarikat.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?