DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Dijatuhi Hukuman Mati, Boss Yakuza Titip Pesan Buat Hakim “Kamu Akan Menyesal Seumur Hidup”

Mahkamah Jepun dilaporkan telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ketua yakuza setelah dia didapati mengarahkan satu pembunuhan dan serangan terhadap tiga orang awam.

Ketua sindiket jenayah Kudo-kai yang dikenali sebagai Satoru Nomura, 74, itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan hukuman dan menafikan tuduhan tersebut.

Menurut ABC News, media Jepun pula mendakwa bahawa mahkamah sebenarnya kekurangan bukti yang jelas untuk mengaitkan Nomura dengan jenayah tersebut.

“Saya meminta keputusan yang adil…anda akan menyesal seumur hidup,” kata Nomura kepada hakim setelah hukuman terhadapnya dijatuhkan.

Walaupun yakuza sememangnya terlibat dalam pelbagai jenayah keganasan, Jepun dikatakan agak ‘bertoleransi’ dengan mereka dan menganggap kumpulan itu sebagai satu kejahatan yang diperlukan untuk menjaga ‘tatatertib’ di jalanan.

Bagaimanapun, dalam beberapa dekad kebelakangan ini, peraturan anti-gang yang lebih ketat, toleransi sosial yang merosot dan ekonomi yang lemah telah mengakibatkan keanggotaan yakuza terus merudum.

Hukuman ke atas Nomura itu dipercayai pertama kali dilakukan terhadap seorang ketua yakuza, lapor Fox News.

Nomura didapati telah terlibat dalam serangan keganasan antara tahun 1998 dan 2014, salah satunya melibatkan serangan terhadap seorang pegawai polis dan juga kematian seorang bekas ketua koperasi nelayan.

Sementara itu, ‘orang nombor dua’ kumpulan itu, Fumio Tanoue telah dipenjara seumur hidup pada Selasa lalu.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?