DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Dua bot berlanggar: Nelayan hilang, dua anak selamat

LUMUT: Seorang nelayan dikhuatiri hilang apabila bot yang dinaiki bersama dua anaknya karam selepas berlanggar dengan sebuah bot pemancing lain, kira-kira 3 batu nautika dari Jeti Kilang Tepung, Kampung Acheh, dekat sini, malam tadi (Rabu).

Dua orang anak lelaki itu bagaimanapun berjaya diselamatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.25 malam.

“Terdapat tiga orang mangsa semasa kejadian bot karam dan mangsa yang hilang berbangsa India yang berumur dalam lingkungan 50 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu, keadaan ombak yang kuat dan air di sekitar kawasan itu dijangka surut menjelang tengah hari.

Katanya, operasi pencarian disambung pada jam 8 pagi ini dengan bantuan logistik marin melibatkan tiga bot aluminium JBPM dan masing-masing sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Marin.

“Operasi digerakkan di sekitar kawasan terakhir mangsa dipercayai hilang dan radius pencarian diperluas dengan anggaran dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa,” ujarnya.

Di samping itu, katanya, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?