PLATFORM PRODUK HERBA & KOSMETIK TERBESAR & ORIGINAL FROM HQ

Gudang ‘kereta potong’ berhampiran Lebuhraya DUKE terbakar

KUALA LUMPUR: Puluhan kereta potong dan aksesori kenderaan terpakai yang disimpan dalam sebuah gudang berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) di sini, terbakar petang tadi.

Gudang berkenaan terletak di Jalan Kuching, bersebelahan susur keluar dari lebuh raya berkenaan menuju ke Bandar Manjalara dan Segambut Dalam.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular dipercayai dirakam oleh pengguna lebuh raya, gudang yang menempatkan puluhan bahagian kenderaan terbakar sejak jam 6 petang tadi dan api masih lagi marak pada bahagian tengah gudang berkenaan.

Asap dari kebakaran itu dapat dilihat oleh mereka yang datang dari arah utara melalui Plaza Tol Jalan Duta.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengerahkan 83 pegawai dan anggota bagi memadam kebakaran gudang alat ganti Suzuka Autopart, Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, di sini.

Bomba menerima panggilan kecemasan jam 6.50 petang sebelum menggerakkan semua elemen penugasannya ke lokasi kejadian bersebelahan susur masuk ke Segambut Dalam di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Bahagian Operasi Negeri, Cawangan Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, memaklumkan hampir 90 peratus gudang berkeluasan 40×100 kaki itu terbakar.

“Kekuatan pasukan operasi terdiri daripada lapan balai membabitkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul, BBP Sri Hartamas, BBP Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Taman Tun Dr Ismail, BBP Wangsa Maju, BBP Seputeh bersama empat jentera FRT, ambulans, jentera LFRT dan empat water tanker.

“Setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kebakaran dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan bagi mengelak api merebak dengan lebih besar,” kata kenyataan itu.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?