DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Hari Kebangsaan: Polis pantau kawasan tumpuan awam di Putrajaya

PUTRAJAYA: Polis akan melakukan pemantauan di kawasan tumpuan awam di sekitar Putrajaya esok bagi memastikan tidak berlaku perhimpunan orang awam menyaksikan pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata beliau memahami semangat berkobar-kobar orang awam untuk bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan tahun ini, namun sewajarnya sambutan itu dihayati dalam norma baharu ekoran pandemik COVID-19.

“Orang awam khususnya warga Putrajaya disaran meraikan sambutan secara maya dan menyaksikan pertunjukan itu yang disiarkan secara langsung di televisyen,” katanya kepada Bernama hari ini mengenai persiapan dan penugasan polis sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 esok di Dataran Pahlawan Negara di sini.

Beliau berkata 235 pegawai dan anggota polis ditugaskan esok untuk memastikan sambutan tahun ini di Putrajaya berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berharap orang awam khususnya penduduk Putrajaya mematuhi semua peraturan dan SOP serta tidak berkumpul dalam kapasiti yang besar selain memastikan penjarakan sosial dijaga sebaiknya.

“Kita akan memastikan masyarakat mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaiknya. Yang paling penting kita jaga kita, jaga penjarakan sosial anda dan pastikan tidak membawa anak-anak kecil untuk berada di tempat awam,” katanya.

Bertema Malaysia Prihatin, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkonsep secara terbuka, terkawal dan berskala kecil, serta pembabitan fizikal yang terhad tanpa membabitkan kehadiran orang awam di lokasi.

Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bermula 8 pagi secara siaran langsung menerusi semua stesen penyiar tempatan atau melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Merdeka 360 dan Jabatan Penerangan.

Antara acara persembahan yang akan berlangsung sempena Hari Kebangsaan 2021 adalah persembahan drumline oleh Angkatan Tentera Malaysia, kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, pancaragam gabungan anggota uniform dan persembahan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

— BERNAMA

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?