DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Jenazah Siti Sarah akan dikebumi di Gombak

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital selesai.

Ketika ini, jasad Siti Sarah masih lagi berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan pengurusan jenazah.

Astro AWANI difahamkan jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Pusu dari HUKM pada jam 11.30 pagi ini.

Difahamkan juga jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya Allahyarham Noor Aini Mohamad.

Maklumat lain tentang urusan pengebumian jenazah belum dimaklumkan secara terperinci buat masa ini.

Siti Sarah, 36, yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meninggal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi setelah beberapa hari bertarung melawan COVID-19.

Siti Sarah yang dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat COVID-19 menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?