DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Kes bunuh guna lembing, 2 beranak direman seminggu

SEBERANG JAYA: Polis menahan reman dua beranak selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Tun Hussein Onn di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisinoner Shafee Abd Samad berkata, kedua-dua lelaki berusia 29 dan 50-an itu ditahan selepas polis menerima laporan kejadian berkenaan.

Shafee berkata, polis masih menyiasat lanjut kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti motif kejadian.

Terdahulu, sumber memberitahu, dalam kejadian jam 11.30 malam Selasa itu, seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas terkena tikaman senjata tajam dipercayai lembing.

“Mangsa dipercayai datang bersama sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bertindak menyerang rumah suspek di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

“Berlaku pergaduhan antara kumpulan tersebut sebelum suspek yang berada di dalam rumah dipercayai bertindak menyerang kumpulan 10 lelaki dengan menggunakan senjata tajam.

“Mangsa dipercayai terkena tikaman pada bahagian dada susulan serangan balas daripada suspek tersebut,” katanya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan pada jam 12.10 tengah malam.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?