MALANG TIDAK BERBAU BAGI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MALAYSIA

OLEH : HAFSYAM DAN KHAIRUL | | 6 DISEMBER 2020

Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi.

.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

.

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

.

“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi

.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

2 thoughts on “MALANG TIDAK BERBAU BAGI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MALAYSIA

  1. NuarCrows says:

    Terima kasih atas info2 berita terbaru kat sini. Terbaik. Mantap !!! 👍👍👍

    1. Widurimall says:

      Sama2 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

2 thoughts on “MALANG TIDAK BERBAU BAGI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MALAYSIA

  1. NuarCrows says:

    Terima kasih atas info2 berita terbaru kat sini. Terbaik. Mantap !!! 👍👍👍

    1. Widurimall says:

      Sama2 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home
Shop
0 items Cart

Shopping cart

close

Sign in

close

Sidebar Scroll To Top