MISTERI KETUKAN TIDAK BERTUAN ?

OLEH : MUHAMAD HARIS BIN MUHAMAD HAIRI | | 24 November 2020

SABAK BERNAM – Penduduk di beberapa buah kampung di Kg Batu38, Batu 37 dan Kg.Banting semakin berasa resah sejak beberapa hari lalu. Tatkala malam tiba, mereka mula mengunci pintu rumah, tidak berani keluar malam malah ada yang tidur dalam keadaan serba ketakutan.

Ia disebabkan terdapat satu perkara ganjil di kampung mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila pintu rumah diketuk tengah malam.

“Tuk… tukkk… tukkkk” bunyi pintu seolah-olah ada orang dalam kecemasan memerlukan bantuan mengetuk pintu rumah.Malang sekali apabila tuan rumah membuka pintu, tidak menemui sesiapa.

Kejadian yang berlaku itu menyebabkan penduduk kecoh membicarakannya kerana ingin mengetahui siapakah nyang mengetuk pintu rumah mereka di malam hari? – Mok Yaaw (Muhamad Fakhrul)

Cerita seram ketukan lewat malam ini telah heboh dalam group group facebook dan whatsapp sehingga Team Paranormal Sungai Besar – PSB membuat liputan live menbongkarkan kejadian ini.

Apa pun yang berlaku kita harus terus berhati hati. Pastikan pintu dan tingkap dikunci rapat. Kita tak tahu adakah ini satu helah aktiviti jenayah atau apa. Elakkan bertindak sendiri. Amalkan ayat kursi dan bacaan doa untuk melindungi diri dan keluarga.

Jin dan syaitan memang wujud untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Tetapkan akidah kuatkan iman. Jangan tinggal sembahyang. Info terbaru dari wartawan sinar melaporkan kejadian sama di Kampung Gajah Perak.

Sumber informasi  @beritaharian @kbd

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home
Shop
0 items Cart

Shopping cart

close

Sign in

close

Sidebar Scroll To Top