PLATFORM PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN ORIGINAL ANDA

MPV rempuh belakang lori di Lebuhraya PLUS, pemandu maut tercampak

TAPAH: Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan buah-buahan di Kilometer 316.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi ini.

Mangsa, Tan Ying Ming, 54, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata nahas berlaku kira-kira jam 4.30 pagi melibatkan tiga buah kenderaan.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Innova yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh melanggar bahagian belakang lori di laluan sama.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang menuju ke arah yang sama di lorong kiri.

“Selepas pelanggaran, MPV telah terbabas ke lorong kanan sebelum dilanggar oleh sebuah lori yang membawa muatan ayam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, dalam kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan MPV dan lori yang membawa muatan ayam terbakar. Bagaimanapun pemandu kedua-dua lori yang berusia 49 dan 58 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah dan bedah siasat dijadualkan petang ini selepas mendapat keputusan ujian calitan COVID-19.

Menurutnya, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata kebakaran daripada kemalangan itu telah menyebabkan MPV musnah 90 peratus dan lori muatan ayam 60 peratus.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Featured Product

Trending Di Widuri

Iklan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?