DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Pekerja kontraktor maut terjatuh ketika pasang sistem solar

NIBONG TEBAL: Seorang pekerja kontraktor maut selepas terjatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan sistem solar di atas bumbung sebuah kilang di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 4.45 petang Khamis, mangsa lelaki warga asing itu dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari bumbung akibat terpijak bumbung lutsinar di salah satu bangunan kilang itu.

Susulan insiden berkenaan, pihak JKKP telah mengarahkan pemberhentian kerja pemasangan sistem solar di kilang berkenaan serta-merta.

Arahan penutupan dibuat selepas sepasukan pegawai penyiasat turun ke lokasi bagi melakukan siasatan sebaik menerima berita kemalangan berkenaan.

“Pihak jabatan mengeluarkan notis larangan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di atas kesalahan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bekerja sehingga menyebabkan berlaku kejadian kemalangan.

“Selain itu, lokasi kejadian juga disita dan kerja-kerja pemasangan sistem solar juga dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Majikan turut diarahkan untuk menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut dengan kadar segera,” kata kenyataan tersebut.

Jelasnya, tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?