PLATFORM PRODUK HERBA & KOSMETIK TERBESAR & ORIGINAL FROM HQ

Pesara maut nahas dua kenderaan

PEKAN: Seorang pesara maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam nahas dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 32, Jalan Ganchong-Kampung Tebat di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, A Razak Jalil, 69, dari Gambang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero, Masor Ahmad,71, dan penumpang, Mohd Ikbal Omar, 35, pula cedera.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gambang dari arah bandar Pekan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas terlanggar lubang di atas jalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Dalam kejadian itu, kereta mangsa terlanggar kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohd Zaidi berkata, mangsa yang tersepit dalam keretanya berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat, manakala pemandu dan penumpang Mitsubishi Pajero dihantar menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?