Air Selusuh
- Apa yang menarik dalam air selusuh ini adalah campuran antara air zam-zam dan air suling yang dibacakan dengan surah-surah terpilih dalam Al-Quran.
- Cara guna, diminum sebelum bersalin dan baki air dicampurkan dengan baki air sebelum bersalin.
- Harapnya dengan bacaan Al-Quran ini memudahkan proses bersalin.
Cara Penggunaan:
- Diminum sebelum bersalin dan sebahagiannya boleh dicampurkan dengan air mandian.
Balm Hangat Berherba + Kolagen
- Balm hangat ini digunakan sebelum memakai bengkung.
- Jika ingin guna untuk buang angin pun tak apa sebab ianya hangat.
- Jika kaki dah bengkak sebab angin terlalu banyak, boleh guna balm ini untuk buang angin.
- Banyak angin akan keluar nanti.
Cara Penggunaan:
- Sapu rata dan urut secara membulat sehingga meresap sebelum memakai bengkung.
- Pada peringkat awal, sapukan sedikit sahaja bagi menyesuaikan kesan hangat.
Jus Tradisi Wanita
- Gunanya untuk menambah tenaga, mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah agar wajah sentiasa ayu dan berseri sepanjang pantang.
- Rasa jus ini sedap, tidak terlalu manis, dan tidak pahit. Banyak campuran didalamnya, sesuai untuk mereka yang tidak suka makan benda-benda pahit.
- Rasanya sangat sedap.
Cara Penggunaan:
- Ambil Jus Tradisi mulai hari pertama hingga hari ke 13.
- Goncangkan sebelum diambil dan gunakan sudu plastik.
- Amalkan 1-2 sudu sebelum sarapan semasa perut kosong.
- Untuk kesan terbaik, amalkan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Minyak Selesa
- Minyak ni digunakan selepas mandi, baunya tidak busuk dan berbau harum semulajadi, sesuai untuk mereka yang ingin bau wangi.
- Boleh digunakan secara berterusan untuk mengelakkan bengkak kaki.
Cara Penggunaan:
- Sapu dan ratakan Minyak Selesa pada bahagian perut, dada, belakang badan, betis, lutut, siku, pergelangan tangan, sendi dan tapak kaki bayi selepas mandi.
Rendaman Herba
- Cara penggunaan anda boleh lihat di belakang kotak pek set bersalin ini.
- Rendaman herba ini sama sahaja fungsi dengan herbal wash daripada Set Bersalin Anugerah, cuma rendaman ini anda perlu untuk panaskan dan gunakan.
- Herbal wash anugerah boleh digunakan terus tanpa perlu panaskan dan lain-lain.
- Fungsinya sama, untuk membersihkan bahagian vagina.
Cara Penggunaan:
- Rendamkan Rendaman Herba dalam air panas atau suam.
- BIarkan seketika dan sedia untk digunakan.
- Untuk mendapatkan larutan pekat, rebuskan 1 uncang ke dalam 1 liter air selama 15-20 minit dan biarkan suam.
Sabun Nyaman
- Dalam bentuk sabun, berfungsi untuk membersih dan memberi kesegaran kepada anda.
- Tidak sesuai untuk mereka yang ceaseran kerana ditakuti terkena pada bahagian-bahagian luka dan berjahit.
Cara Penggunaan:
- Buihkan Sabun Nyaman dengan pekat, lumur, ratakan dan urut secara membulat dari bahagian bawah ke atas.
- Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.
- Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Elakkan terkena sekitar alat sulit dan kawasan sensitif.
Serbuk Nyaman
- Fungsi seperti bedak sejuk, menyegarkan dan rasa sejuk bila pakai atau dikenakan di dahi.
Cara Penggunaan:
- Campurkan sedikit Serbuk Nyaman dengan air biasa.
- Kemudian sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.
Tungku Herba Tradisi
- Mengecutkan peranakan.
- Menyihatkan urat-urat.
- Mengempiskan perut.
Cara Penggunaan:
- Tanggalkan plastik pada Tungku Herba Tradisi, kemudian masukkan ke dalam plastik yang disediakan dan ikat pada hujung plastik.
- Rebus tungku selama 10-15 minit dan sedia untuk digunakan.
- Setelah digunakan simpan di dalam peti sejuk.
- Rebus semula sekiranya hendak digunakan.
Jamu Tradisi Wanita
- Dihasilkan daripada herba-herba terpilih seperti Ketumbar,Kunyit,Halia,Pegaga,Ceku,Serapat,Temulawak,Kayu Manis dan Buah Pala yang membantu menambah tenaga dan sesuai digunakan oleh gadis, wanita dan ibu selepas bersalin.
- Ia digunakan secara tradisional oleh wanita sebagai supplement kesihatan dan melegakan kepenatan.
Cara Penggunaan:
- Ambil 2 kapsul Jamu Tradisi Wanita 2 kali sehari selepas makan.
Reviews
There are no reviews yet.