REFUND POLICY

Polisi Pemulangan Di Widuri Mall

PEMULANGAN

Setiap pemulangan produk hendaklah dipos semula dalam masa 14 hari daripada tarikh pembelian.

Produk yang dipulangkan mestilah belum dibuka dan digunakan sepertimana produk diterima oleh Pelanggan.

PROSES PEMULANGAN

Untuk memulangkan produk, sila emel khidmat pelanggan kami di [email protected] untuk mendapatkan nombor RMA (Return Merchandise Authorisation). Setelah menerima nombor RMA, sila pulangkan produk tersebut dengan meletakkan dalam bungkusan asli, lampirkan bukti pembelian dan dihantar kepada alamat:

WIDURI MALL

Attn: Returns

RMA #

No. 55, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk menanggung kos penghantaran bagi pemulangan produk. Kami menasihatkan bahawa Pelanggan menggunakan cara penghantaran yang boleh dikesan untuk mengelakkan sebarang masalah penghantaran pada masa akan datang.

PEMPROSESAN PEMULANGAN

Setelah pihak Widuri Mall menerima pemulangan produk, Widuri Mall akan memeriksa keadaan produk tersebut.

Widuri Mall akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh penerimaan produk tersebut untuk memproses pemulangan. Pemulangan wang akan mengambil masa 1-2 kitaran bil untuk penyata kad kredit tertakluk kepada syarikat kredit kad Pelanggan. Widuri Mall akan memaklumkan Pelanggan melalui emel setelah pemulangan berjaya diproses.

PENGECUALIAN

Untuk produk yang rosak, sila hubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan bayaran balik atau penukaran produk.

Produk yang dijual adalah jualan sempurna dan tidak boleh dipulangkan.

Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian atas apa-apa sebab ataupun mempunyai soalan berkenaan Polisi Pemulangan, sila hubungi Widuri Mall di [email protected]

Home
Shop
0 items Cart
Dapatkan 10% Diskaun untuk pembelian pertama anda
**Sila semak folder “Spam” & “Junk” anda sekiranya anda tidak menerima emel

Shopping cart

close

Sign in

close

Sidebar Scroll To Top