DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Sambutan Hari Kebangsaan guna teknologi baharu, galak orang ramai tonton dari rumah

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bakal disambut hujung bulan ini, akan menggunakan teknologi tinggi bersesuaian dengan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, susulan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid berkata, sambutan tersebut adalah berkonsepkan ‘Mix Reality’ iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR (Augmented Reality) dan juga XR (Extended Reality), yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.

“Dengan teknologi yang digunakan, penonton akan mendapat gambaran seperti menonton persembahan dari tempat kejadian.

“Kami galakkan orang ramai untuk duduk di rumah dan menonton sambutan Hari Kebangsaan secara maya, yang disiarkan di semua stesen televisyen tempatan dan Facebook Live melalui Facebook Live Merdeka360 dan Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM pada Rabu.

Mohd Sukari juga berkata, sambutan Hari Kebangsaan akan diteruskan meskipun negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, kerana hari tersebut merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia.

“Faktor keselamatan sentiasa dititik beratkan, kita pastikan mereka yang terlibat sudah lengkap menerima dua dos vaksin dan patuh kepada SOP, selain sentiasa mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Selain itu, Mohd Sukari berkata tema ‘Malaysia Prihatin’, dipilih sekali lagi sama seperti tahun lepas, kerana Malaysia masih dalam perjuangan memerdekakan diri dari pandemik COVID-19.

“Malaysia Prihatin membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Mohd Sukari turut menyeru orang ramai untuk memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan masing-masing, selain menyertai program dan pertandingan yang dianjurkan.

Maklumat lanjut mengenai program dan pertandingan yang dianjurkan boleh dilayari di Portal Merdeka360 iaitu www.merdeka360.my.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?