DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Senarai hajat rakyat Malaysia kepada Ismail Sabri

1. AHLI Malaysia Corruption Watch (MCW) / Pemerhati Rasuah Malaysia dan segenap rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri ke-9.

Secara khususnya, kami mempunyai harapan yang tinggi agar Datuk Seri dapat melaksanakan dua agenda penting yang utama selain daripada memfokus untuk mengatasi masalah pandemik COVID-19.

2. Kepimpinan baharu negara diharapkan mempunyai KEAZAMAN POLITIK yang tinggi untuk membuat perubahan penting dalam memperkasa usaha MENGINTEGRITIKAN POLITIK NEGARA DAN FOKUS PADA AGENDA ANTIRASUAH.

Keazaman politik inilah yang akan mampu melegakan rakyat dan menyembuhkan Malaysia daripada serangan penyakit 4 serangkai iaitu Pandemik COVID-19, ketidaktentuan EKONOMI, Kemelut POLITIK dan Wabak RASUAH.

3. Rasuah bukan mustahil untuk dihapuskan. Bak kata pepatah “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Melalui keazaman politik maka pelan strategik, usaha, pendidikan jiwa, pencegahan, penguatkuasaan, punitif, dan kerjasama serta pembudayaan akan mampu digarap dan digabungkan sebagai satu usaha holistik Agenda Antirasuah Negara.

4. Malaysia telah membangunkan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dengan 115 inisiatif yang terbaik namun pelaksanaannya agak perlahan.

Pelbagai inisiatif mitigasi bagi menangani risiko tadbir urus politik tidak dapat dilaksanakan kerana komitmen rendah pihak kerajaan lepas yang tersekat kerana kemelut politik yang tidak pernah habis.

Pelan itu kemungkinan akan sekadar menghiasi rak buku dan menjadi kenangan sejarah yang tidak menghasilkan impak menjadikan negara bebas rasuah.

5. Keazaman Politik bagi mengintegritikan ahli politik negara mesti dilaksanakan segera menerusi pengenalan undang-undang baharu sebagaimana yang telah dicadangkan demi melahirkan pemimpin berprinsip mulia, berpendidikan dan berpengetahuan (knowledge base) serta mempunyai etika yang tinggi.

Setakat ini, memang ada keazaman tersebut tetapi amat tidak mencukupi dan terdapat banyak kekurangan yang perlu ditambah baik.

6. MCW ingin menegaskan bahawa Datuk Seri perlu bentuk dan bina satu kerajaan baharu yang terdiri daripada mereka yang benar-benar berintegriti serta berjiwa besar cintakan negara. Tanpa mengira latar belakang bangsa agama dan fahaman politik mereka.

Kami sarankan agar dapat melantik mereka yang jujur, tidak hipokrit dan tidak hanya mementingkan ‘tembolok’ sendiri.

7. Semua Ahli Parlimen diminta bersatu hati bersama Perdana Menteri dalam memastikan Malaysia yang stabil dan terus mendapat kepercayaan para pelabur.

Rakyat sudah muak dengan berita tentang pertelingkahan politik dan pelbagai isu lain yang tidak penting pada saat ini.

8. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia telah berjaya menangani masalah kominisme melalui tindakan bukan membunuh atau menangkap setiap ahli komunisme tetapi dengan strategi memutuskan rantaian sokongan kepada ideologi tersebut.

Malaysia juga telah berjaya mengatasi masalah ‘communal’ dengan strategi memutuskan rantaian prasangka atau sikap perkauman.

Malahan, sekali lagi negara kita hampir berjaya menangani masalah pandemik COVID-19 juga dengan strategi memutuskan rantaian wabak berkenaan.

Kita berjaya dalam semua perkara tersebut bukan kerana peranan satu agensi tertentu terapi kerana keazaman politik kerajaan dan kejituan, kesepakatan serta komitmen setiap pihak dan individu.

9. Maka, adalah tidak mustahil untuk Malaysia berjaya bebas daripada rasuah melalui strategi NACP dengan kempen ‘memutuskan rantaian rasuah’ yang berterusan atas sokongan, komitmen dan tindakan dari setiap individu serta organisasi.

10. Kami berdoa kehadrat Tuhan Yang Maha Esa agar Datuk Seri dan semua pemimpin negara ini dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan hidup serta kekuatan yang luar biasa untuk memimpin negara ini mendepani masa depan yang sangat mencabar demi Malaysia tercinta.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?