DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Tiga rentung kereta langgar pokok terbakar

GEORGE TOWN: Tiga individu rentung apabila kereta jenis Toyota Vios dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok dan terbakar di Jalan Masjid Negeri, di sini awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, identiti ketiga-tiga mangsa belum dikenal pasti.

Pegawai Operasi Balai Bomba Jalan Perak, Sha’ari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.55 pagi.

Menurutnya, apabila pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta telah terbakar selepas melanggar sebatang pokok.

“Akibat pelanggaran kuat itu, ketiga-tiga mangsa yang berada di dalam kereta tidak sempat menyelamatkan diri dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Katanya, bomba menggunakan peralatan ‘Rescue Tools’ dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dalam menjalankan kerja menyelamat kira-kira jam 3.05 pagi.

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?