DAPATKAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN ORIGINAL DI SINI

Vaksin berasaskan protein keluaran India dapat kelulusan ujian klinikal ke atas manusia

NEW DELHI: Bahagian kawal selia farmaseutikal India meluluskan ujian klinikal fasa I vaksin COVID-19 berasaskan protein, yang bakal dikendalikan Reliance Life Sciences Pvt Ltd, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

“Pada Khamis, bahagian itu meluluskan permohonan Reliance Life Sciences untuk melakukan ujian klinikal ke atas manusia dengan menggunakan vaksin COVID-19 berasaskan protein.

“Kelulusan diberi selepas Subject Expert Committee (SEC) meneliti permohonan tersebut dalam satu mesyuarat, ” menurut saluran berita News18.

Syarikat berkenaan juga telah meminta persetujuan Agensi Kawalan Ubat-ubatan India (DCGI) bagi menjalankan ujian klinikal menggunakan vaksin dua dos itu.

“Melalui ujian klinikal fasa I, Reliance berhasrat mendapatkan maklumat mengenai keselamatan, tindak balas, farmakokinetik dan mekanisme terhadap ubat-ubatan,” menurut News18.

Awal minggu ini, DCGI memberi kelulusan terhadap ujian klinikal fasa II dan III terhadap vaksin mRNA COVID-19 pertama iaitu HGCO19 yang sedang dibangunkan Genova Biopharmaceuticals.

— BERNAMA

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bestsellers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart
Sidebar
Home
Shop
0 items Cart

Sign in

No account yet?